Sunday 3 July 2016

PJU MENYOKONG PROGRAM USAHAWAN KERAJAAN

Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi menyarankan konsep 'Satu Usahawan, Satu Keluarga' diwujudkan bagi menggalakkan golongan muda menceburi bidang keusahawanan.     
Beliau mahu sekurang-kurangnya seorang daripada anggota keluarga menceburi bidang keusahawanan yang boleh menjadi tonggak kepada ekonomi keluarga.    
"Kita mesti mulakan hasrat ini daripada sekarang. Daripada seorang usahawan dalam satu keluarga, ia akan membawa kepada penularan pengaruh kepada anggota keluarga yang lain,"   
Beliau berkata langkah itu perlu segera dimulakan memandangkan bidang keusahawanan muda masih lagi belum menjadi kerjaya pilihan dalam kalangan pelajar institusi pengajian tinggi (IPT) tempatan.
Sebagai contoh, katanya, pada tahun 2013, hanya kira-kira satu peratus sahaja graduan dan lulusan IPT menceburi bidang keusahawanan dalam tempoh enam bulan selepas mereka menamatkan pengajian.
Ahmad Zahid dalam pada itu mengingatkan usahawan muda Bumiputera supaya memelihara modal, bukan sahaja dari segi kewangan sebaliknya turut mengambil kira modal insan, integriti dan kejujuran bagi mengimbangi antara dunia dan akhirat.     
"Ramai yang telah berjaya...dan ramai juga yang lupa akan asas keagamaan," katanya sambil menjelaskan bahawa terdapat golongan yang telah berjaya tetapi tidak menunaikan kewajipan seperti membayar zakat dan bersedekah. Impian kerajaan ini akan tercapai jika kita semua dapat menyertai PJU kerana falsafah PJU adalah menyokong aspirasi serta dasar kerajaan untuk melahirkan lebih ramai usahawan dikalangan bumiputera yang berdaya saing.Kita boleh lakukan jika kita semua bersatu adalah satu matlamat yang sama.


No comments:

Post a Comment

Note: only a member of this blog may post a comment.