Monday 3 July 2017

KOPERASI AHLI PJU TELAH DILULUSKAN

Alhamdulillah setelah 6 bulan ALK koperasi summit nagi penubuhan koperasi maka akhirnya pada 1hb Jun 2017 maka SKM telah meluluskan penubuhan koperasi yang dikenali sebagai Koperasi Jaringan Komuniti Islam Hulu Langat. No Pendaftaran koperasi ialah B-4-1827. Kelula usan koperasi ini telah memberi nafas baru kepada ahli-ahli PJU dan PJU sendiri kerana mereka yang ingin menjadi ahli koperasi mestilah menjadi ahli PJU dahulu. Berbagai program telah dirancang oleh koperasi untuk manfaat ahli antaranya projek khas koperasi iaitu pembinaan hotel yang bernilai RM1.5 juta. Lokasi belum ditetapkan dan pelabur bukan sahaja memperolehi dividen yang dijangkakan 15% setahun serta pemilikkan bilik hotel untuk setahun. Maksudnya dengan modal RM20K pelabur akan dapat menikmati dividen tahunan malah berpeluang untuk turut sama memasarkan bilik hotel yang telah diperuntukkan kepadanya. sesiapa yang ingin menyertai koperasi mestilah mengisi borang pendaftaran RM30 dan beli syer koperasi minimum RM200.