Thursday 7 July 2016

AKUILAH KELEMAHAN USAHAWAN MELAYU DAN BAIKI SEKARANG


Orang Melayu di Malaysia ramai yang tidak bertahan lama apabila berniaga kerana kita rendah tahap 'survival' nya. Kalau ada rancangan macam 'Survivor' untuk bisnes, memang orang Melayu ramai akan terkeluar dahulu. Sebab ramai antara kita yang sudah terlalu selesa dengan segala 'tongkat' yang diberikan sehingga kita lupa realiti dunia perniagaan yang sebenar. Kita terlalu selesa di bumi sendiri.
Kita lupa bahawa dunia perniagaan ini penuh dengan cabaran, bukan hanya nampak habuan duit sahaja. Kita perlu jatuh dan bangun berkali-kali barulah dapat hidup senang. Kalau kita tak sanggup jatuh, jangan masuk ke dunia ini. Siapa yang mampu survive sahaja yang akan berjaya dalam dunia perniagaan.Hendak berniaga, kita ambil loan daripada TEKUN dan MARA. Kita buat main-main sebab kita fikir kalau bisnes tak jalan, kita boleh lepas begitu sahaja, loan tak payah bayar. Bila ada mentaliti macam ini, memang akhirnya bisnes akan lingkup, sebab fikiran kita adalah doa yang akhirnya jadi kenyataan. Sebab itu hutang TEKUN yang berbentuk NPL hampir RM320 juta. Bila kita buka kedai, kita buka suka hati ikut masa kita. Ikut suka hati nak cuti bila. Sampai orang menyampah nak pergi kedai kita sebab bila pergi, tutup, bila pergi je tutup. Bila raya kita, kita cuti. Bila raya Cina pun, kita cuti. Bila Deepavali pun kita cuti. Bila Thaipusam pun kita cuti. Semua raya kita sapu. Orang Cina buat bisnes cuti sekali setahun je, masa raya Cina. Sebab tu bisnes mereka maju, orang percaya.
Bila bisnes gagal, kita salahkan kerajaan kerana tidak membantu usahawan. Padahal bersepah-sepah program dan bantuan untuk usahawan Melayu termasuk program PJU. Orang Cina rileks sahaja berjaya tanpa bantuan kerajaan. Kita juga salahkan mentor dan cikgu kita. Kata kita, apa yang diajar salah. Kita juga salahkan bank kerana tak bagi pinjaman. Pendek kata, yang salah semuanya adalah orang lain. Kita sahaja yang betul. Kita rasa kita gagal sebab orang lain semua berpakat nak sabotaj kita. Untuk Melayu berjaya dalam bisnes, kita kena ubah diri dan mentaliti kita dahulu. Kita mesti ada daya tahan yang lebih tinggi dan tidak mudah rasa selesa dengan apa yang ada. Selagi kita tak ubah, bagilah sebanyak mana bantuan pun, kita akan masih di takuk lama. Oleh itu sahutlah cabaran henat dalam program PJU, anda pasti boleh berjaya.

No comments:

Post a Comment

Note: only a member of this blog may post a comment.