Tuesday, 5 July 2016

KOPERASI DAN PJU MART AKAN MEWUJUDKAN PASARAN UNTUK USAHAWAN

Permasalahan pasaran untuk memasarkan produk usahawan PJU akan dapat diselesaikan apabila tertubuhnya PJU MART. Ianya berfungsi seperti pasar raya kecil dan akan memasarkan produk-produk usahawan. Usahawan yang ingin meletakkan produk di PJU MART ini akan dikenakan beberapa syarat antaranya produk itu bukan produk MLM, akan dikenakan cas sewa rak dan usahawan tersebut mestilah mempunyai 6 orang rangkaian direct ( food truck). Selain itu peserta yang layak memasuki fasa 2 akan membeli di PJU MART pada kadar RM100 sebulan. Pada peringkat awal PJU MART ini akan ditubuhkan di setiap negeri dan ianya mengikut kawasan Parlimen. Jika diperingkat parlimen PJU MART adalah peringkat induk yang akan dikendalikan oleh koperasi manakala untuk peringkat daerah PJU MART akan dibuka kepada ahli-ahli usahawan yang mempunyai pendapatan RM4000 keatas sebulan di bahagian megausahawan. Modal utk membuka PJU MART akan disediakan oleh koperasi dan di jamin oleh syarikat Bio Energy Global Marketing. Selain itu PJU MART juga akan menyediakan tempat perjumpaan ahli-ahli PJU dan semua program akan diadakan di situ. Penubuhan koperasi ini akan membuka peluang kepada semua ahli usahawan PJU untuk membeli saham koperasi. Melalui cara ini secara keseluruhan program PJU ini adalah hak kita semua dan menjadi tanggungjawab ahli-ahli usahawan PJU untuk mempertahankannya. Semua ini akan menjadi kenyataan jika kita semua menyokong dan berusaha untuk menrealisasikan program usahawan ini.

No comments:

Post a Comment

Note: only a member of this blog may post a comment.