Monday 4 July 2016

MENCARI KEKAYAAN DARI SUDUT ISLAM

 Dalam perspektif orang Islam, ramai yang mengatakan tak payahla kaya-kaya. Bersederhanalah. Tak perlulah menjadi jutawan. Betul ke dalam Islam itu sendiri menuntut kita dengan bersederhana dalam bentuk kekayaaan ini? Ini adalah salah satu perkara yang seringkali kita terlepas pandang. Ini daripada ulama”™-ulama”™ yang mentafsirkan dan orang ramai tahu serta ustaz-ustaz di luar sana pun beritahu kita yang kita ini adalah “˜umattan wasata”™  ataupun kita ini adalah umat pertengahan. Maksud umat pertengahan itu kadang-kadang ditafsirkan dengan cara yang betul dan acapkali juga ditafsirkan dengan cara yang silap. Apakah yang dimaksudkan pendekatan sederhana itu ? Mengikut pendapat ulama”™-ulama”™dan ulama”™ mengatakan bahawa pendekatan maksud sederhana dimaksudkan dengan seimbang iaitu “˜balance”™. Ianya juga membawa maksud bahawa kita hebat di dunia dan hebat juga di akhirat. Hebat di rumah dan hebat juga dengan masyarakat. Itu maksud sederhana yang perlu ditafsirkan. Sederhana iaitu dari segikata kita perlu hebat dalam apa jua yang kita lakukan dan perlu seimbang. Kita tidak boleh terlalu hebat di dalam masyarakat sehingga rumahtangga terabai, itu bukannya seimbang.


No comments:

Post a Comment

Note: only a member of this blog may post a comment.