Sunday 3 July 2016

MENGAPA ORANG MELAYU SUKA SKIM CEPAT KAYA?

Skim cepat kaya adalah program yang sentiasa mendapat tempat dikalangan orang melayu dan tidak pernah serik walaupun pernag kerugian beribu-ribu ringgit. Malahan yang terlibat bukan sebarangan orang daripada yang berpangkat Dato' hinggalah yang bergelar ustaz dan ini semua telah memberi keyakinan kepada orang ramai untuk menyertainya. Apa yang dimaksudkan skim cepat kaya ? Ianya satu program yang memberi keuntungan berganda melalui dua syarat iaitu jika peserta itu sendiri membuat pelaburan yang besar atau peserta itu membina netwok. Contohnya modal RM1000 untung adalah RM40,000 dalam jangka masa yang ditetapkan tetapi kalau modal RM100,000 untungnya adalah RM1,8 juta. Yang mana orang suka? pastinya yang modal RM100 ribu. Tetapi jika tidak mampu mengeluarkan modal RM100 ribu peserta boleh join yang RM1000 sahaja tetapi perlu bina netwok. Sekarang modul operadi skim cepat kaya terdapat macam-macam operandi termasuklah perternakan lintah, madu kelulut, penanaman pokok gaharu, ikan keli dan lain-lain yang konsepnya hampir sama. Hakikatnya syarikat yang menganjurkan skim cepat kaya ini banyak bergantung kepada kemasukkan ahli baru dan duit yang dibayar itu adalah hasil pusingan modal kemasukkan ahli baru.

Perkiraannya adalah senang sahaja iaitu RM10 ribu dan dibayar 10% sebulan selama 3 tahun maka peserta akan dapat RM1000 sebulan. Sebenarnya pembayaran RM1000 sebulan itu adalah hasil daripada wang kemasukkan peserta yang telah bayar RM10 ribu. Orang yang terawal mungkin tidak ada masalah tetapi apabila kemasukkan ramai syarikat akan menghadapi masalah pembayaran dan disini baru belakunya 'over paid' dan bermulanya peserta gagal mendapat pulangan yang dijanjikan.
Persoalannya mengapa program skim cepat kaya masih mendapat sambutan ? Satu kajian thesis yang telah dibuat oleh seorang mahasiswa telah menghuraikan beberapa sebab iaitu :

1) Sikap tamak dan ingin cepat kaya telah menyebabkan seseorang itu hilang pertimbangan untuk menyertai skim ini walaupun telah rugi sebelum ini.
2) Malas bekerja dan berusaha dan inginkan kaya cepat.
3) Dorongan kawan-kawan yang telah berjaya mendapat hasil lumayan telah menyebabkan seseorang itu terdorong untuk menyertainya.
4)Pakej yang ditawarkan itu menarik dn tidak mampu dilupakan walaupun tahu ianya satu tawaran yang tidak masuk akal.
5) Kelambatan bertindak kerajaan terhadap penganjur skim tersebut.

Namun begitu semua yang terlibat termasuk penganjur dan peserta haruslah ingat bahawa kerajaan telah mewujudkan satu undang-undang iaitu Rang Undang-undang Pencegahan Pengubahan Wang Haram dan Pencegahan Pembiayaan Keganasan (Pindaan) 2013. Menerusi rang undang-undang itu, pihak berkuasa bakal memiliki kuasa lebih luas untuk membeku, menyita atau melucutkan hak harta pihak yang terlibat dalam pengubahan wang haram. Ia antara lain menjelaskan, dalam melaksanakan penguatkuasaan itu, sebarang tindakan penyitaan mensyaratkan pihak berkuasa mesti memulakan siasatan ke atas aktiviti haram terlebih dahulu selain perlu mempunyai alasan yang munasabah untuk berbuat demikian. Antara pindaan lain adalah, penalti lebih berat akan dikenakan bagi kesalahan pengubahan wang haram melalui takrifan serta peruntukan yang lebih menyeluruh mengenai kesalahan 'pengubahan wang haram'. Hukuman ke atas pesalah yang ketika ini iaitu denda RM5 juta atau penjara 5 tahun ditingkatkan kepada penjara 15 tahun atau denda lima kali ganda daripada jumlah atau nilai hasil daripada aktiviti pengubahan wang haram.

Kesimpulannya kepada yang akan terlibat dalam skim cepat kaya ini berfikirlah kerana jika dapat dikesan maka dendanya mungkin membuat anda sengsara sepanjang hayat. Adalah menjadi tanggungjawab kita untuk sama-sama mencegah skim cepat kaya ini.

No comments:

Post a Comment

Note: only a member of this blog may post a comment.