Wednesday 11 July 2018

PERKASAKAN USAHAWAN MELAYU

AYAT memartabatkan usahawan Melayu di peringkat global sebenarnya sudah lama tertulis dalam banyak ­artikel. Ada yang berjaya mencipta nama mengharumkan nama negara. Ada juga yang hanya gah di peringkat awal sahaja.
Tidak kurang juga usahawan yang kekal sebagai jaguh kampung dan berpuas hati dengan gelaran tersebut. Mungkin mereka belum bersedia untuk meng­hadapi persaingan yang lebih kompetitif di peringkat antarabangsa. Apa yang pasti pelbagai usaha telah dilaksanakan untuk melahirkan lebih ramai lagi usahawan Melayu yang berjaya dalam pelbagai bidang, sekali gus bersedia mengembangkan sayap untuk terus bersaing di peringkat antarabangsa pula.
Baru-baru ini Majlis Perundi­ngan Melayu (MPM) menyatakan persediaan badan itu untuk menjalin kerjasama dengan Petronas bagi membantu komuniti ekonomi bumiputera khususnya usahawan Melayu dalam bidang minyak dan gas untuk menerokai pasaran global.
Setiausaha Agung MPM, Datuk Dr. Hasan Mad menjelaskan bahawa MPM telah mengemukakan beberapa isu yang positif dan membina untuk dipertimbangkan oleh pihak Petronas yang diwakili oleh Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif, Datuk Wan Zulkiflee Wan Ariffin.
Penulis yang turut sama dalam perbincangan tersebut berasa gembira kerana Petronas telah memberikan respons dan komitmen yang sangat positif. Dalam hal ini, sebenarnya sejak dari dahulu lagi Petronas tidak pernah mengabaikan tanggungjawabnya memba­ngunkan serta membantu usahawan dan syarikat bumiputera.
Begitulah yang pernah dinyatakan oleh Wan Zulkiflee suatu ketika dahulu dan komitmen ­Petronas akan sentiasa kekal mem­bantu kerajaan melahirkan dan membimbing para usahawan bumiputera.
Dalam hal ini, sejak penubuhannya pada 1974, Petronas ­telah memainkan peranan penting dalam membantu usaha kerajaan serta pelbagai pihak bagi melahirkan dan membimbing usahawan bumiputera untuk berjaya dalam industri minyak dan gas.
Apa yang dibincangkan dan cuba dilaksanakan oleh MPM dan Petronas adalah satu usaha dan juga cabaran yang perlu dita­ngani oleh usahawan bumiputera jika ingin terus mengembangkan sayap mereka.
Mungkin sudah sampai masa­nya usahawan bumiputera yang terperap dalam tempurung belajar untuk melihat dunia dari per­spektif mata burung pula.
Persefahaman kerjasama antara MPM dan Petronas pastinya boleh membantu melahirkan lebih ramai lagi usahawan bumiputera. Pengalaman dan kejayaan Petronas di peringkat antarabangsa pula tidak perlu dipertikaikan lagi.
Majalah Fortune Global 500 pernah meletakkan Petronas sebagai antara 100 syarikat terbesar di dunia. Bahkan, majalah tersebut juga pernah meletakkan Petronas sebagai syarikat perbadanan ke-13 paling banyak membuat keuntungan di dunia dan paling banyak mencipta keuntungan di benua Asia.
Sebuah lagi majalah ekonomi yang terkenal, Majalah Financial Times juga pernah mengiktiraf Petronas sebagai satu daripada seven sisters yang baharu iaitu syarikat pengeluar minyak terbesar dunia. Di sebalik kejayaan itu, Petronas juga tidak kebal dari dikritik oleh pelbagai pihak.
Pelbagai tuduhan dan tohmahan yang dilemparkan kepada Petronas, namun syarikat ini ­terus kukuh berdiri.
Mungkin para pengkritik ini tidak sedar atau sengaja tidak mahu mengiktiraf jasa dan peranan Petronas yang mencakupi dan merangkumi segala aspek dalam pembangunan ekonomi Malaysia.
MPM sentiasa berpendapat bahawa usaha untuk memperkasakan ekonomi bangsa Melayu akan terus berjalan tanpa ada noktahnya.
Selain usaha yang dilakukan oleh MPM serta ­Petronas, usahawan Melayu sendiri perlu lebih yakin dan berusaha meningkatkan keupayaan dan menghindarkan segala kelemahan untuk menjadi usahawan lebih kompetitif dan lebih berdaya saing dan maju.
MPM yakin usahasama yang bakal dilaksanakan dengan Petronas mampu merealisasikan matlamat untuk melihat lebih ramai usahawan Melayu yang berkualiti tinggi dan mempunyai daya ketahanan dan saing yang kuat sehingga boleh mencipta nama ke persada antarabangsa.

IDEA BARU DALAM PERNIAGAAN

Kabinet kerajaan baharu diharapkan dapat tampil dengan idea baharu dan segar dalam strategi untuk membantu meningkatkan taraf ekonomi usahawan Melayu yang masih jauh ketinggalan.
Presiden Persatuan Pedagang dan Pengusaha Melayu Malaysia (Perdasama), Tan Sri Matshah Safuan berkata, program-program sedia ada yang bertujuan memperkasakan usahawan Melayu bukan sahaja wajar diteruskan, malah perlu ditambah baik.
“Perdasama bukanlah badan politik, kita adalah pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang fokus untuk meningkatkan taraf ekonomi usahawan Melayu. Justeru, kita sentiasa menyokong siapa sahaja yang menerajui kerajaan.
“Kita berharap program-program untuk membantu usahawan Melayu yang telah diwujudkan sejak zaman Tun Dr. Mahathir Mohamad, Tun Abdullah Ahmad Badawi, Datuk Seri Najib Tun Razak dan kini kembali kepada Tun Mahathir, bukan sahaja akan dikekalkan tetapi juga akan diperbaiki dengan idea-idea baharu agar jurang ekonomi antara usahawan Melayu dan kaum lain dapat dirapatkan,” katanya.

BERNIAGA JIKA INGIN KAYA

Orang Melayu di negara ini digesa menjadi bangsa usahawan yang mampu menguasai ekonomi dan mengikis mentaliti suka bekerja makan gaji.
Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Ahmad Maslan berkata, disebabkan kegagalan menerajui bidang ekonomi, mereka terpaksa bergantung kepada kaum lain termasuk dalam menghasilkan produk halal.
Jelasnya, pada masa ini sebanyak 70 peratus usahawan bidang halal terdiri daripada bukan Islam manakala 30 peratus lagi adalah usahawan Melayu beragama Islam.
"Kita gagal menghayati dan menjadikan sejarah Nabi Muhammad SAW sebagai contoh apabila dalam usia enam atau tujuh tahun, baginda telah membantu bapa saudaranya berniaga.
"Sebab itu kita hanya menjadi golongan pembeli dan bukannya penjual selain suka makan gaji. Orang yang makan gaji tidak akan kaya-raya," katanya.
Beliau berkata demikian semasa Forum Keusahawanan Mahasiswa Berteraskan Maqasid Syariah sempena Majlis Khatam Al-Quran dan Berbuka Puasa Perdana di Kompleks Islam, Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) di sini hari ini.
Program anjuran Persatuan Sahabat Ulul Amri Malaysia itu turut dihadiri Naib Canselor USIM, Prof. Datuk Dr. Musa Ahmad.
Sementara itu, Ahmad meminta mahasiswa memulakan minat dan kecenderungan untuk menjalankan perniagaan sejak di universiti lagi.
Beliau juga berharap pihak universiti menyediakan ruang dan galakan kepada mahasiswa untuk berniaga termasuk menerapkan semangat terhadap perniagaan semasa sesi pembelajaran di bilik kuliah.


Tuesday 10 July 2018

PEMIKIRAN NEGATIF FAKTOR KEGAGALAN

Bila gagal maka dengan mudah kita menyalahkan orang lain sedang hakikatnya diri kita sendiri adalah penyumbang kepada kegagalan. Orang gagal selalu bermikiran negatif dan tidak ada komitmen untuk berusaha bagi mencapai matlamat hidup. Semuanya bermula daripada pemikiran dan kita sendiri yang memaksa untuk berfikir perkara yang negatif. Justeru itu tidak hairan mereka ini susah untuk berjaya malah akan sentiasa pada tahap lama. Kita sepatutnya ambil iktibar seperti katak bawah tempurung. apabila dibuka tempurung...wooo dunia ini masih lagi luas dan banyak peluang-peluang perniagaan yang harus di terokai. Petua untuk berjaya ialah positifkan minda dan berani untuk mengambil tindakan bagi mengubah kehidupan yang lebih baik.

Monday 9 July 2018

SEBAB APA SUSAH UNTUK BERUBAH....................

Ramai ingin berubah daripada kehidupan yang susah kepada kehidupan yang lebih baik tetapi dalam 10 orang yang berminpi mengubah kehidupan sedemikian hanya 1 sahaja yang berjaya. Sebab apa ? antara banyak sebab ialah mereka ini tidak percaya dan yakin dengan kemampuan diri. Kepercayaan itulah yang menyebabkan mereka ini malas berusaha dan mengambil jalan singkat untuk berjaya melalui skim cepat kaya. Apabila mereka menyertai skim cepat kaya dan skim tersebut hancur maka mereka akan marah kepada semua orang dan yang paling penting ialah mereka lagi tidak percata kepada diri sendiri serta banyak sifat negatif dalam diri mereka. Oleh itu untuk berjaya apayang penting ialah berani untuk mengubah persepsi minda dan belajar percaya pada diri sendiri. Inilah perkara asas yang perlu kita belajar sebelum kita ingin meneroka ilmu lain dengan lebih jauh. Kejayaan itu milik anda jika anda berfikiran positif dan yakin pada diri sendiri.

Monday 16 April 2018

PELUANG PEKERJAAN UNTUK BELIA DAN SISWAZAH

Sekretariat Transformasi Kos Sara Hidup & Mengatasi Pengangguran telah membuka peluang kepada golongan belia dan siswazah yang sedang mencari pekerjaan supaya mereka boleh menyertai program yang di tawarkan oleh sekretariat. Sebanyak 5 bidang teras yang ditawarkan kepada belia dan siswazah iaitu (1) insuran dan takaful, (2) hartanah , (3) pelaburan dan saham, (4) konsultant pemasaran dan (5) perniagaan online. Mereka yang menyertai program ini dihendaki menjalani latihan perniagaan selama 6 bulan dengan pembayaran elaun antara RM500 hingga RM1000 sebulan. Setelah tamat latihan pemasaran dan memenuhi syarat yang ditetapkan maka peserta ini akan diberikan modal perniagaan. Program ini sangat sesuai untuk mereka yang ingin kerjaya mencabar serta berani menghadapi segala rintangan dalam perniagaan. Jika berminat boleh hantar resume dan emailkan kepada duriankingpanas@gmail.com.

MENGAPA KITA TIDAK BERJAYA DALAM USAHA UBAH KEHIDUPAN?

Zaman sekarang semua barang naik harga dan kesannya kuasa beli masyarakat jatuh dan dengan nilai wang yag sama RM50 berbanding 5 tahun lepas dan sekarang ternyata nilai tersebut masa sekarang sangat kurang. kesimpulannya masyarakat berada dalam keadaan tidak cukup duit untuk berbelanja. Apa yang perlu kita buat? Tunggu dan lihat atau mengambil keputusan untuk ubah kehidupan. Ramai juga yang buat kerja kedua bagi menampung perbelanjaan harian dan keluarga. Dalam program Inisiatif Menangani Peningkatan Kos Sara Hidup (IMPKSH) ini masyarakat boleh mengambil peluang dengan mengikuti kursus yang dianjurkan bagi tujuan mengubah kehidupan. Persoalannya mengapa susah sangat nak ubah kehidupan? jawapannya kerana kita tidak mahu berubah. Semuanya bermula dengan fikiran yang positif dan semangat hendak berubah. Kalau hati sudah kata nak tidak ada sesiapapun yang boleh membantah dan kita terus bergerak ke depan. Semua ini berkaitan ilmu iaitu ilmu untuk mengubah kehidupan. Justeru itu adalah menjadi kewajipan seseorang untuk menaikkan maruah keluarga dan berubah kearah yang lebih baik.