Sunday 3 July 2016

HAKIKAT BUMIPUTERA DALAM EKONOMI HARI INI

Situasi ekonomi Bumiputera hari ini dilihat masih berada pada tahap tidak stabil dan seimbang. Ia dibuktikan dengan beberapa statistik terkini yang menunjukkan Bumiputera mengungguli kumpulan pendapatan isi rumah bawah RM3,000 sebulan. Sebab itu penerima BRIM adalah mereka yang mempunyai pendapatan RM3,000 kebawah. Berdasarkan laporan PReCISE (Penang Research Centre in Socio-Economy) 2010, masyarakat Melayu mewakili 78.55% daripada 12,684,000 penduduk yang berada dalam kelompok itu. Manakala etnik Cina dan India masing-masing mewakili 14.63% dan 9.18%. Ini bererti rangking kumpulan miskin masih dipegang oleh orang melayu dan kedua masyarakat India. Di bawah Dasar Ekonomi Baru (NEP), kerajaan telah gagal mencapai 30% pegangan ekuiti Bumiputera yang merangkumi 62% daripada jumlah penduduk Malaysia. Ini bermakna pendapatan purata isi rumah Bumiputera adalah 30% lebih rendah berbanding kumpulan etnik lain di Malaysia. Dari segi aktiviti keusahawanan pula, penglibatan Bumiputera dilihat jauh lebih rendah.Di manakah bangsa melayu dalam perniagaan? Sampai bila kita terus ke belakang ? Namun, kelemahan penguasaan Bumiputera dalam sektor keusahawanan dan ekonomi membantutkan segalanya. Tindakan membubarkan Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (MECD) pada 2009 juga dilihat antara langkah yang membantut usaha pencapaian ekonomi dan pembangunan usahawan Bumiputera. Jika dilihat secara kasar, Bumiputera mempunyai pelbagai pelan yang sepatutnya dapat membela nasib mereka. Persoalannya, mengapa sehingga kini kelompok terbesar ini masih lagi gagal menjadi peneraju ekonomi?  Justeru itu bumiputera haruslah bangkit dan menjadikan usahawan sebagai teras pekerjaan dan sekaligus dapat melonjakkan ekonomi dikalangan bumiputera.

No comments:

Post a Comment

Note: only a member of this blog may post a comment.