Tuesday 5 July 2016

BERBELANJA SAKAN RAYA

Bila tiba hari raya semua orang berbelanja sakan. Beli baju baru untuk anak-anak dan diri sendiri. Beli kuih-muih dan tukar peralatan rumah baru. Oleh itu bila tiba raya doleh dikatakan semua pasar raya akan membuat promosi sale secara besar-besaran dan harga yang gila2. Namun jangan tertipu kerana potongan 50% tetapi harga RM320 untuk sepasang kasut. Kadang2 harga itu tak logik tetapi itulah hakikat promosi hari raya. Katakan 15 juta orang Islam telah berbelanja RM1500 seorang maka pusingan wang yang berlaku ialah RM22,5 bilion. Wang sebanyak ini yang mengalir kepada perniaga-perniaga yang membuat jualan pada hari raya. Lihat saja Syarikat Jakel yang membuat promosi karpet kepada umat Islam dimana ia telah mengumumkan bahawa 1 juta karpet import disediakan kepada pelanggan dengan harga paling murah. Katakan untung bersih sebidang karpet RM400 x 1 juta karpet maka untung bersih RM4 biliion. Maka ternyata keuntungan tersebut mampu menampung kos untuk setahun atau 2 tahun operasi. Begitu lah juga jika semua usahawan PJU telah memberi komitmen tinggi dalam program usahawan ini. kalau ahli 500,000 orang telah berbelanja RM100 di pelan B (megausahawan) maka pusingan wang yang berlaku ialah RM50 juta. Semua keuntungan ini akan diagih-agihkan kepada perniaga-niaga yang meletakkan barangan di PJU MART nanti. Justeru itu kepada usahawan PJU semua lepas raya ini sama-sama lah kita berusaha untuk menyatu dan saling sokong menyokong antara satu sama lain. Jika semua memahami konsep PJU ini saya percaya matlamat PJU untuk membantu usahawan bumiputera akan tercapai.

No comments:

Post a Comment

Note: only a member of this blog may post a comment.