Sunday 18 December 2016

MENGAPA PJU MINTA BINA JARINGAN?

Pendapat yang diberikan itu baik dan ini adalah berdasrkan andaian pemikirannya dan ia tidak salah. Masing-masing punya pendapat dan pandangan tentang PJU ini. Sebelum pergi lebih jauh saya suka melihat apakah usaha-usaha yang ada untuk membantu masyarakat bumiputera yang masih dalam kemelut kesusahan kemiskinan. Kerajaan melalui agensi-agensi seperti TEKUN, MARA dan PUNB telah berusaha sedaya mungkin bagi membantu usahawan melayu namun sikap orang kita (melayu) suka berhutang tetapi liat untuk membayar hutang akhirnya agensi-agensi tersepit dalam belenggu hutang. Contohnya mereka yang pinjam duit TEKUN dan tidak berbayar berjunlah RM620 juta. Begitu juga hutang PTPTN dan telah memaksa 1.5 juta pemimjan di blaklist. Peningkatan kos sara hidup akibat daripada penarikkan subsidi terhadap beberapa barangan keperluan asas telah menyebabkan harga barangan meningtkat naik sekali ganda dan ini memberi kesan kepada golongan bumiputera melayu yang berada dalam garisan kemiskinan.Apakah punca masalaha ini? jawapannya ialah WANG yang tidak cukup dan mereka perlukan pendapatan sampingan untuk menampung kos kehidupan.

Saya melihat ini adalah masalah yang perlu kita atasi secara bersama. Program PJU adalah sebahagian daripada usaha-usaha bagi membantu kerajaan dalam menangani masalah seperti yang dinyatakan. Dalam PJU anda hanya bermodalkanRM100 tetapi pada tahun 2017 akan dinaikkan RM120 untuk menyertai program ini melalui konsep beli barang. Ini bermaksud anda akan beli barang yang bernilai RM160 ( tetapi bayar RM100) maka anda akan diberikan 4 botol bestariplus. Serentak itu juga maka anda akan didaftarkan ke dalam program PJU secara percuma. Mengapa sistem berbentuk binari digunakan...hanya sistem tersebut bertujuan untuk memberi insentif kepada peserta yang aktif mengikut terma dan syarat. Adakah sistem ini haram? Ya jika ada penindasan seperti bayaran untuk menyertai program tersebut RM450 tetapi peserta hanya dapat sekotak kopi. Dalam PJU konsepnya sangat berbeza iaitu peserta tidak perlu bayar untuk system tersebut sebaliknya akad jual beli hanya untuk 4 botol bestariplus yang harganya melebihi RM100 keatas. System tersebut adalah percuma dan ia juga strategik marketing untuk produk bestariplus.

Pada saya cara dan kaedah ini berjaya kerana ia dapat membantu beberapa orang yang punya pendapatan setiap minggu. Malah ada yang tidak bekerja tetapi masih ada income hasil daripada bantuan orang atasan. Ini wujudnya sikap tolong menolong antara satu sama lain dalam usaha membina netwok dalam perniagaan. Justeru itu mereka join program PJU ini mesti ada usaha untuk mendapatkan dua rakan baru supaya wujudnya jaringan dalam perniagaan. Saya harap kita semua dapat melihat matlamat yang lebih besar iaitu untuk membantu saudara muslim untuk bebas kemiskinan dan dapat harungi kehidupan dengan lebih baik. Ingatlah "Allah tidak mengubah nasib seseorang itu kalau dia sendiri tidak mahu mengubahkannya".