Sunday 3 July 2016

HENDAK BERJAYA KENA KELUAR MODAL

MINDA SUBSIDI perlu dibuang jauh-jauh kalau nak maju! Jangan berfikir dengan bantuan kerajaan baru ada modal dan boleh mulakan perniagaan. Banyak aspek untuk dapatkan modal yang penting kita mestilah kreatif. Saya tak pernah jumpa orang yang akhirnya berjaya dengan mengharapkan BANTUAN KERAJAAN. Mereka berjaya kerana mereka berusaha berdiri di atas kaki sendiri. Dan mereka membayar harga untuk sebuah kejayaan.

Bila nak belajar, mereka tak menunggu kursus-kursus percuma dari kerajaan, tetapi mereka bayar kursus-kursus itu dengan duit mereka sendiri. Bila nak berniaga, mereka tak mengharapkan bantuan modal dari kerajaan, tetapi mereka usaha dengan apa modal yang ada ditangan mereka sendiri. PJU menawarkan peluang keusahawan dengan modal RM100 iaitu konsep beli barang dan itupun ramai yang merunggut. Mereka hendak dapatkan bantuan percuma tanpa berusaha meskipun PJU telah menetapkan syarat yang paling minima dan syarat itu adalah satu cabaran kepada usahawan untuk mereka penuhi. Kalau kita perhati, masyarakat Cina yang menguasai sebahagian besar rangkaian ekonomi di Malaysia, agak-agaknya berapa banyak SUBSIDI dan bantuan kerajaan yang mereka terima? Mereka belajar daripada bawah dan apabila betul2 ada modal serta faham konsep bisnes yang hendak diceburi baharulah mereka ini membuka perniagaan sendiri.
Tepuk dada, tanyalah diri sendiri…

No comments:

Post a Comment

Note: only a member of this blog may post a comment.