Thursday 16 June 2016

TIADA JALAN PINTAS UNTUK BERJAYA

Kebanyakkan orang melayu mahu cepat kaya dan bagi tujuan itu mereka ini sangat berminat dengan pelaburan skim cepat kaya dan pelabuhan forex. Sesiapapun boleh terpikat termasuk golongan alim kerana dengan modal yang sedikit kita boleh untung 500%. Tak payah buat kerja hanya tunggu duit masuk sahaja. Letak modal dan tunggu hasil setiap bulan. Namun hakikatnya ramai sengsara daripada bahagia kerana skim cepat kaya tidak pernah tunai apa yang dijanjikan. Ianya satu manipulasi  wang gagal  bagi mengaburi masyarakat. Semua ini adalah jalan pintas untuk senang namun derita yang ditanggung. Untuk berjaya kita mesti kerja kuat dengan cara yang betul dan cepat menghidu peluang bisnes. Gagal dalam perniagaan adalah perkara biasa tetapi apa yang dibimbanginya ialah tidak mahu bangkit balik, Hati-hati skim cepat kaya dan jangan kita tertipu 2 x. Katakan tidak pada SKIM CEPAT KAYA.

No comments:

Post a Comment

Note: only a member of this blog may post a comment.