Thursday 30 June 2016

PELANTIKKAN PENGURUS PUSAT PEMBANGUNAN USAHAWAN GLOBAL

Bagi memantapkan lagi program usahawan ini kami bersetuju untuk melantik Puan Haslinda Haplus sebagai Pengurus di Pusat Pembangunan Usahawan Global (PPUG) mulai 1hb Julai 2016. PPUG ini berperanan untuk mengadakan kursus kepimpinan dan lain-lain dalam usaha untuk memantapkan lagi peserta dengan ilmu usahawan. PPUG ini adalah seperti universiti yang akan melahirkan usahawan yang berdaya saing serta bersemangat tinggi dalam perniagaan.

Untuk kursus pertama ini ia akan diadakan di Nilai Perdana, Bandar Nilai pada 16hb Julai 2016(sabtu) dari pukul 10.00 pagi hingga 12.00 tengahari. Bayaran kursus RM30 dan peserta akan dapat fail powerpoint, kad kuasa PJU dan minum rehat. Program ini terhad kepada 40 orang sahaja

No comments:

Post a Comment

Note: only a member of this blog may post a comment.