Wednesday 29 June 2016

DARI MANA DANA UNTUK MEMBERI BANTUAN KEPADA USAHAWAN

Persoalan ini sering di tanya oleh peserta yang ingin menyertai program ini. Saya percaya syak kebimbangan kerana mereka khuatir usaha yang mereka lakukan adalah sia-sia. Saya sebagai pengasas program boleh memberi jaminan bahawa jika peserta tersebut layak memenuhi syarat2 untuk food truck maka mereka boleh mendapatkannya dalam masa 3 minggu. Jika ada perubahan design mungkin lewat sedikit. Persoalan dana untuk memberi kepada usahawan ini tiada masalah kerana syarikat ini berniaga dan buat masa ini syarikat mempunyai 4 syarikat yang menyokong program ini. Syarikat2 tersebut ialah :

1. Pusat Pembangunan Usahawan & Perniagaan Gemilang - Syarikat ini memfokuskan kepada bidang penerbitan buku,bisnes kad, majalah dan menganjurkan kursus usahawan peringkat tinggi. Syarikat ini juga menjalinkan hubungan dengan agensi kerajaan dalam aspek bantuan modal. Selain itu juga syarikat ini membungkus beberapa produk usahawan seperti bestariplus, herbanusataraplus dan beberapa produk lain utuk kegunaan usahawan.

2. Bio Energy Global Marketing - Syarikat ini memfokuskan pengeluaran air alkaline untuk industri dan rumah. Syarikat ini memasang dan menjenamakan semula penapis air dan dipasarkan dengan harga yang kompetitis.

3. Hazleen Home Care & Servises - menjalankan perkhidmatan untuk rawatan dan perjagaan orang2 tua, strok, lepas bersalin dan ubat-ubatan

syarikat baru dalam proses pendaftaran

1. Pusat Pembangunan Usahawan Global - menganjurkan kursus untuk peserta usahawan supaya ia lebih berdaya saing dan maju.

2. PJU MART - sebuah kedai serbanika untuk usahawan mendapatkan barangan harian. Bagi peserta usahawan mereka boleh beli barang dengan menggunakan kad smart PJU tanpa tunai. Selain itu PJU juga tempat usahawan meletak barangan dan produk mereka akan dipasarkan di seluruh Malaysia. Penubuhan PJU MART ini memerlukan modal yang besar tetapi dengan jumlah ahli yang ramai saya yakin dan percaya PJU MART ini akan mendaptkan sambutan ramai.

Sebuah koperasi usahawan PJU akan ditubuhkan bagi menyelaraskan PJU MART serta beberapa perkara lain. kalau ahli PJU sejumlah 5000,000 orang dan menyertai koperasi dengan yuran keahlian RM50 dan 1 unit sahan RM200 maka  koperasi akan memperolehi pendapatan pusingan modal RM100 juta dan yuran keahlian RM25 juta, Saya berpendapat ia sudah cukup untuk mengerakkan PJU MART di seluruh negara. Oleh itu program usahawan secara tidak langsung dapat mengerakkan ekonomi bumiputera serta melahirkan seberapa ramai usahawan melayu yang berdaya saing. Berat sama di pikul dan ringan sama di jinjing. Bersatu kita teguh dan bercerai kita roboh.


No comments:

Post a Comment

Note: only a member of this blog may post a comment.