Thursday 30 June 2016

KENAPA GUNA KONSEP PJU TETAPI BUKAN MLM

Ramai juga yang telah post kat saya dan tanya mengapa Dr tidak buat program ini dibawah MLM sebaliknya menggunakan PJU sebagai platform untuk mengerakkan program ini. Terdapat banyak sebab antaranya saya tidak mahu peserta terikat dengan maintain yang tinggi. Kalau MLM setiap peserta mestilah maintain sekurang-kurangnya RM300 sebulan untuk layak dapat bonus. Produk MLM harga tinggi dan peserta mesti beli kerana ia syarat maintain pv utk dapat bonus. Kedua, ramai orang takut dengan MLM terutama pada persepsi mereka kena cari orang. Ramai yang gagal daripada yang berjaya dalam MLM juga turut mempengaruhi kegagalan sistem itu sendiri. Perlukan lesen dan kos gaji, sewa bangunan dll adalah tinggi. Persepsi ketakutan masyarakat terhadap MLM juga telah menyebabkan saya tidak yakin ia dapat pergi jauh. Namun apabila program ini digerakkan mnelalui PJU dan PJU itu sendiri lebih terarah NGO maka ia dapat menarik minat masyarakat utk menyertainya. Modal adalah sekali seumur hidup tetapi peserta akan dapat insentif setiap minggu dan bulanan mengikut terma dan syarat.PJU menggunakan system online sepenuhnya oleh itu kita tidak perlukan staff yang ramai.PJU akan membuka PJU MART di seluruh negara melalui kerjasama koperasi yang akan diwujugkan dan ini akan memberi peluang kepada masyarakat untuk melabur modal dalam koperasi. TK

No comments:

Post a Comment

Note: only a member of this blog may post a comment.