Wednesday 15 June 2016

POSITIFKAN MINDA ANDA

Apabila saya memberi taklimat usahawan bumiputera 2016 dan memberitahu konsep program ini adalah simple iaitu untuk mendapatkan food truck dan lain-lain bantuan yang ditawarkan terdapat dua syarat utama iaitu (1) keahlian RM100 seumur hidup dan dapat barang yang bernilai RM120 dan (2) perlu bayar orang dengar taklimat ini sekurang-kurangnya 6 orang dan menyertainya. Jika anda lepas 2 syarat ini maka anda layak mendapatkan semua bantuan yang ditawarkan dan menjadi usahawan tulen. Namun tidak ramai yang berani menyahut cabaran hebat ini dan mereka ini tewas sebelum berjuang. Apa yang menyedihkan mereka ini terlalu membuat andaian awal dan memberi persepsi negatif tanpa memcuba. Mungkin nilai RM100 itu adalah besar sehingga takut untuk mencuba atau mereka tidak ada wang sebanyak itu. Percayalah, andaian negatif ini tidak dapat membantu anda untuk bergerak lebih jauh malah ia menyebabkan kita terus ketinggalan dalam perniagaan. Usahawan tulen sentiasa menyahut cabaran dan berani merentas halangan bagi mencapai impian. Tiada perniagaan tanpa modal tetapi melalui konsep yang diperkenalkan ini modalnya adalah RM100 sahaja maka anda layak mendapat web yang bernilai hampir RM80K. Justeru itu positifkan minda supaya anda akan terus maju ke hadapan dalam perniagaan.

No comments:

Post a Comment

Note: only a member of this blog may post a comment.