Wednesday 15 June 2016

SIAPA KITA?

Orang melayu dahulu hebat dalam perniagaan dan sejarah kesultanan melayu melaka telah membuktikan bahawa pelabuhan melaka telah menjadi extreport dimana banyak saudagar2 luar datang untuk berdagang ke Melaka. Namun kenapa kini orang melayu tidak sehebat dahulu? Orang melayu kini banyak berniaga di tepi2 jalan dan sukar untuk mendapatkan bangunan kerana sewanya tinggi. Kebanyakkan bangunan dan premis perniagaan dimiliki oleh orang cina dan mereka telah mengenakan sewa yang tinggi. Dalam banyak keadaan orang melayu mampu berniaga selama 6 bulan dan tutup kerana masalah sewa yang tinggi. Kita tidak boleh salahkan mereka sebab bangunan itu mereka yang punya. Inilah nasib kita di bumi tercinta. Ayuh..kita mesti jihad ekonomi kerana melalui jemaah ini maka kita harus bersatu untuk mengembalikan kegemilangan dalam perniagaan.

No comments:

Post a Comment

Note: only a member of this blog may post a comment.