Thursday 30 June 2016

ORANG MELAYU TIDAK PENTINGKAN BANGSA- PROF UNGKU AZIZ

Prof DiRaja Engku Aziz berkata bahawa orang melaytu tiada semangat pentingkan bangsanya sebab itu ia tidak boleh bersatu, tidak kisah apa yang berlaku pada bangsanya dan mempunyai hasad dengki yang tinggi. Sikap ini berlainan sekali dengan orang cina yang bersatu serta mempertahankan bangsanya jika ia ditimpa sesuatu musibah. Saya hairan mengapa sikap sebegini perlu ada pada bangsa kita. Apabila saya buat program usahawan ini yang di gerakkan oleh PJU terdapat juga segelintir orang melayu yang telah memandang negatif tanpa hadir taklimat. Sepatutnya mereka menyokong kerana PJU lebih kepada pengerakkan NGO. PJU adalah wadah untuk mempersatukkan bangsa dan menyokong dalam apa jua aktiviti yang dilakukannya. Selagi sikap PHD ini terdapat pada bangsa kita maka selagi itulah kata-kata Prof DiRaja Engku Aziz bahawa bangsa kita tidak sayangkan bangsa menjadi darah daging bangsa kita. Semoga semua peserta dalam PJU dapat menyucikan jiwa dan kita bergerak bersama kearah kejayaan. Kita mestilah saling berganding bahu, bersatu hati utk menguatkan jemaah dan bergerak bersama dalam PJU demi untuk bangsa kita..TK.

No comments:

Post a Comment

Note: only a member of this blog may post a comment.