Sunday, 17 September 2017

PRPGRAM PJUB MENGANGKAT USAHAWAN BUMIPUTERA

Ramai usahawan bumiputera berniaga tetapi menghadapi masalah modal dan pasaran. Walauoun sudah 20 tahun berniaga tetapi masih di tahap lama kerana keuntungan yang dapat setiap hari itu telah digunakan untuk menyara kehidupan dan lain-lain yang akhirnya usahawan tersebut hadapi masalah modal pusingan. Kemana nak dapat pinjaman untuk menambah modal pusingan? Pada masa yang sama usahawan ini mungkin sudah pinjam duit TEKUN atau MARA tetapi pembayarannya tidak bagus dan kesannya ia telah di blanklist. Ini telah menyebabkan usahawan tersebut terus dihantui masalah modal kerana hendak membuat pinjaman tidak boleh lagi. Sebab itu cara yang singkat ialah membuat pinjaman dengan along. Walaupun mereka tahu risikonya tetapi itu sahaja peluang yang ada untuk mendapat pinjaman yang cepat dan mudah. Malahan hampir 85% usahawan bumiputera membuat pinjaman along bagi dijadikan modal niaga yang akhirnya bisnes lingkup kerana kagar bunga yang tinggi.Bayangkan pinjam dengan along RM8K kena bayar RM40K......tetapi itulah hakikat dan realiti usahawan bumiputera. Hendak pinjam bank segala dokumen yang diminta sememangnya usahawan bumiputera tidak layak kerana hadapi dua masalah iaitu tidak dokumen LHDN dan penyata akaun bank 6 bulan. Kemana usahawan buiputera hendak mengadu? Mampukan ia menghadapi cabaran TN50?

Program PJUB adalah jalan penyelesaian terbaik untuk usahawan bumiputera yang mebghadapi kemelut modal dan pasaran, Objektif utama program PJUB adalah untuk membantu usahawan bumiputera dalam aspek modal, jaringan pasaran dan bantuan perniagaan spt food truck, lori pasar malam dan mobile kiosk. Apa yang perlu daftar menjadi member dan perlu mengikuti kursus rancangan perniagaan. Tugasan kedua ialah mempromosikan program ini kepada dua rakan yang berminat dan dengan ini usahawan tersebut akan dibayar upah setiap minggu hasil daripada jaringan usahawan yang dilakukannya. Program PJUB ini juga bertujuan utk membantu kerajaan menangani masalah kemiskinan masyarakt luar bandar, nasyarakat desan dan miskin bandar. Apapun usahawan perlu berusaha dan jangan harapkan bantuan datang untuk kita.

Thursday, 7 September 2017

PJUB MENDAPAT SAMBUTAN DI SABAH

Tahniah orang Sabah kerana menyokong perjuangan PJUB dalam mengangkat Bumiputera ke persada Global. Dalam tempoh 6 bulan kemasukkan PJUB ke Sabah, alhamdulillah sambutannya sangat baik dan taklimat di sana-sini. Meskipun di Sabah halangan terbesar ialah pengangkutan namun dengan sokongan semua pihak akhirnya program PJUB ini mendapat tempat di hati masyarakat bawah bayu. Program ini yang bertujuan membantu masyarakat luar bandar, masyarakat desa dan miskin bandar utk meningkatkan pendapatan ekonomi keluarga bagi menangi kemelut inflasi. Teruskan agenda perjuangan PJUB ini yang belum selesai dan pastinya dalam perjuangan ini ada halangan dan rintangan. Percayalah PJUB bukan skim cepat kaya atau MLM oleh itu untuk berjaya anda mesti berusaha. Tiada usaha tanpa kejayaan dan jaringan network yang kita bina ini adalah untuk kita nikmati bersama. Ayuh orang sama ...terus mara ke hadapan.

Monday, 3 July 2017

KOPERASI AHLI PJU TELAH DILULUSKAN

Alhamdulillah setelah 6 bulan ALK koperasi summit nagi penubuhan koperasi maka akhirnya pada 1hb Jun 2017 maka SKM telah meluluskan penubuhan koperasi yang dikenali sebagai Koperasi Jaringan Komuniti Islam Hulu Langat. No Pendaftaran koperasi ialah B-4-1827. Kelula usan koperasi ini telah memberi nafas baru kepada ahli-ahli PJU dan PJU sendiri kerana mereka yang ingin menjadi ahli koperasi mestilah menjadi ahli PJU dahulu. Berbagai program telah dirancang oleh koperasi untuk manfaat ahli antaranya projek khas koperasi iaitu pembinaan hotel yang bernilai RM1.5 juta. Lokasi belum ditetapkan dan pelabur bukan sahaja memperolehi dividen yang dijangkakan 15% setahun serta pemilikkan bilik hotel untuk setahun. Maksudnya dengan modal RM20K pelabur akan dapat menikmati dividen tahunan malah berpeluang untuk turut sama memasarkan bilik hotel yang telah diperuntukkan kepadanya. sesiapa yang ingin menyertai koperasi mestilah mengisi borang pendaftaran RM30 dan beli syer koperasi minimum RM200.

Monday, 1 May 2017

BELI BARANGAN RUNCIT BOLEH DAPAT INSENTIF 5 ANGKA

PJU memahami kesulitan hidup akibat tekanan dan peningkatan kos sara hidup masa kini. Dulu harga ikan sardin saiz besar cap ayam baru RM5.60 tetapi sekarang sudah meningkar kepada RM8.90. Ini bermakna ikan sardin bukan lagi makanan untuk orang miskin sebaliknya sudah menjadi makanan orang kaya. Justeru itu PJU telah mengaktifkan program Fasa B iaitu program berbelanja anda bakal jadi jutawan. Tugas utama setiap peserta ini adalah setiap bulan hendaklah berbelanja sebanyak RM120 utk membeli barangan runcit seperti beras, minyak masak, tepung gandum dll. Pada masa yang sama anda dihendaki memperkenalkan 3 orang untuk membuat pembelian seperti anda. dalam tempoh 2 tahun potensi income anda ialah RM1.06 juta......tak percaya???. ini semua akan dibuat mealui system dalam web megausahawan.gmail.com. Reputlah peluang ini kerana ia akan bakal mengubah kehidupan anda dan membina masa depan yang lebih baik.

PJU MENYEDIAKAN PROGRAM PERINGKAT SIJIL

PJU telah menubuhkan Akademi Pembangunan Usahawan Global (APUG) yang akan mengadakan kursus peringkat SIJIL bagi sesiapa yang berminat. SIJIL yang akan dikeluarkan itu ialah Sijil Pembangunan Keusahawanan dan kos pengajian RM7900 akan ditangung sepenuhnya oleh Bio Energy Global Marketing. Tempoh pengajian setahun ini akan mendedahkan pelajar kepada teori dan praktikal keusahawanan secara agresif. Saya percaya pelajar yang lulus nanti akan boleh meneruskan kerjaya sebagai usahawan ataupun boleh bekerja di mana-mana syarikat sebagai marketing. Selepas tamat peringkat SIJIL mereka boleh menyambung pengajian peringkat diploma dan yuran adalah ditanggung oleh Bio Energy Global Marketing. Teori adalah 40% dan paraktikal adalah 60%. Praktikal pelajar akan didedahkan kepada 3 aspek penting iaitu (1) Latihan pemasaran program usahawan di bawah PJU, (2) Latihan kiosk di pasaraya dan (3) Latihan Event. Gabungan ketiga-tiga pratikal ini sudah cukup untuk melahirkan usahawan 'ala komando' yang akan bersedia hadapi apa jua cabaran dalam perniagaan asalkan ia menjanjikan kejayaan. Kelas akan dijalankan secara PJJ dan perjumpaan sebulan sekali. Mereka yang berminat boleh hubungi admin 0182418033.

Thursday, 26 January 2017

PJU TELAH WUJUDKAN KOPERASI

Setelah 7 bulan program PJU berjalan banyak juga dugaan dan rintangan terutama daripada mereka yang kecewa dan rasa dendam kesumat terhadap program ini. Namun oleh kerana sudah ramai yang dapat income secara mingguan maka hasrat mereka tidak kecapaian. Hebatnya program PJU ini ialah ia banyak membantu masyarakat yang perlu kewangan dan bebas daripada kemiskinan. jaringan tersebut akan membantu untuk seseorang dapat pasif income atau adanya skim pencen.

Apa yang menarik PJU telah mewujudkan koperasi bagi memberi peluang untuk ahli-ahli membeli syer koperasi yang bernilai RM200 utk satu syer. Ini bermakna dalam koperasi semua orang akan mainkan peranan serta memberi sumbangan idea kearah memajukan koperasi. Saya yakin dan percaya dalam masa 6 bulan akan datang koperasi ini akan mempunyai modal berbayar RM10 juta bagi tujuan program usahawan. Setiap hari sambutan terhadap program PJU meningkat dan dengan keahlian yang aktif kita percaya PJU akan menjadi satu medan online terbesar dengan pasaran sesama ahli yang mencecah jutaan ringgit. Pada saya program ini adalah yang terbaik kerana bayaran rendah serta sangat senang utk perkenalkan kepada rakan2. PJU sentiasa di hatiku.

Sunday, 18 December 2016

MENGAPA PJU MINTA BINA JARINGAN?

Pendapat yang diberikan itu baik dan ini adalah berdasrkan andaian pemikirannya dan ia tidak salah. Masing-masing punya pendapat dan pandangan tentang PJU ini. Sebelum pergi lebih jauh saya suka melihat apakah usaha-usaha yang ada untuk membantu masyarakat bumiputera yang masih dalam kemelut kesusahan kemiskinan. Kerajaan melalui agensi-agensi seperti TEKUN, MARA dan PUNB telah berusaha sedaya mungkin bagi membantu usahawan melayu namun sikap orang kita (melayu) suka berhutang tetapi liat untuk membayar hutang akhirnya agensi-agensi tersepit dalam belenggu hutang. Contohnya mereka yang pinjam duit TEKUN dan tidak berbayar berjunlah RM620 juta. Begitu juga hutang PTPTN dan telah memaksa 1.5 juta pemimjan di blaklist. Peningkatan kos sara hidup akibat daripada penarikkan subsidi terhadap beberapa barangan keperluan asas telah menyebabkan harga barangan meningtkat naik sekali ganda dan ini memberi kesan kepada golongan bumiputera melayu yang berada dalam garisan kemiskinan.Apakah punca masalaha ini? jawapannya ialah WANG yang tidak cukup dan mereka perlukan pendapatan sampingan untuk menampung kos kehidupan.

Saya melihat ini adalah masalah yang perlu kita atasi secara bersama. Program PJU adalah sebahagian daripada usaha-usaha bagi membantu kerajaan dalam menangani masalah seperti yang dinyatakan. Dalam PJU anda hanya bermodalkanRM100 tetapi pada tahun 2017 akan dinaikkan RM120 untuk menyertai program ini melalui konsep beli barang. Ini bermaksud anda akan beli barang yang bernilai RM160 ( tetapi bayar RM100) maka anda akan diberikan 4 botol bestariplus. Serentak itu juga maka anda akan didaftarkan ke dalam program PJU secara percuma. Mengapa sistem berbentuk binari digunakan...hanya sistem tersebut bertujuan untuk memberi insentif kepada peserta yang aktif mengikut terma dan syarat. Adakah sistem ini haram? Ya jika ada penindasan seperti bayaran untuk menyertai program tersebut RM450 tetapi peserta hanya dapat sekotak kopi. Dalam PJU konsepnya sangat berbeza iaitu peserta tidak perlu bayar untuk system tersebut sebaliknya akad jual beli hanya untuk 4 botol bestariplus yang harganya melebihi RM100 keatas. System tersebut adalah percuma dan ia juga strategik marketing untuk produk bestariplus.

Pada saya cara dan kaedah ini berjaya kerana ia dapat membantu beberapa orang yang punya pendapatan setiap minggu. Malah ada yang tidak bekerja tetapi masih ada income hasil daripada bantuan orang atasan. Ini wujudnya sikap tolong menolong antara satu sama lain dalam usaha membina netwok dalam perniagaan. Justeru itu mereka join program PJU ini mesti ada usaha untuk mendapatkan dua rakan baru supaya wujudnya jaringan dalam perniagaan. Saya harap kita semua dapat melihat matlamat yang lebih besar iaitu untuk membantu saudara muslim untuk bebas kemiskinan dan dapat harungi kehidupan dengan lebih baik. Ingatlah "Allah tidak mengubah nasib seseorang itu kalau dia sendiri tidak mahu mengubahkannya".