Monday 1 May 2017

PJU MENYEDIAKAN PROGRAM PERINGKAT SIJIL

PJU telah menubuhkan Akademi Pembangunan Usahawan Global (APUG) yang akan mengadakan kursus peringkat SIJIL bagi sesiapa yang berminat. SIJIL yang akan dikeluarkan itu ialah Sijil Pembangunan Keusahawanan dan kos pengajian RM7900 akan ditangung sepenuhnya oleh Bio Energy Global Marketing. Tempoh pengajian setahun ini akan mendedahkan pelajar kepada teori dan praktikal keusahawanan secara agresif. Saya percaya pelajar yang lulus nanti akan boleh meneruskan kerjaya sebagai usahawan ataupun boleh bekerja di mana-mana syarikat sebagai marketing. Selepas tamat peringkat SIJIL mereka boleh menyambung pengajian peringkat diploma dan yuran adalah ditanggung oleh Bio Energy Global Marketing. Teori adalah 40% dan paraktikal adalah 60%. Praktikal pelajar akan didedahkan kepada 3 aspek penting iaitu (1) Latihan pemasaran program usahawan di bawah PJU, (2) Latihan kiosk di pasaraya dan (3) Latihan Event. Gabungan ketiga-tiga pratikal ini sudah cukup untuk melahirkan usahawan 'ala komando' yang akan bersedia hadapi apa jua cabaran dalam perniagaan asalkan ia menjanjikan kejayaan. Kelas akan dijalankan secara PJJ dan perjumpaan sebulan sekali. Mereka yang berminat boleh hubungi admin 0182418033.

No comments:

Post a Comment

Note: only a member of this blog may post a comment.