Wednesday, 27 July 2016

MINDA POSITIF PENENTU KEJAYAAN

FIKIRAN NEGATIF BOLEH MENGAGALKAN MATLAMAT

Kegagalan adalah sesuatu yang biasa terjadi. Yang membaca blog ini pun pastinya pernah merasai kegagalan. Bila gagal, berbagai-bagai nasihat yang kita dengar dari orang keliling, ada yang positif, ada juga yang negatif. Yang positif tu, bagus lah, kerana lagi menguatkan semangat kita.
Tapi ada juga yang negatif “Haaaa… kan aku dah kata, sure gagal punya. Nampak sekarang apa dah jadi” Gitu la lebih kurang suara-suara negatif yang tak membantu langsung.
Tetapi, lebih berat diri kita sendiri yang menanggung kegagalan adakalanya sehingga tak terkata terduduk diam membisu. Sememangnya semangat telah hilang dan tiada tenaga lagi untuk meneruskan kerana kita telah melakukan sebaiknya tetapi tetap gagal juga.
Perkongsian saya kali ini, saya ingin kongsikan 3 langkah apa yang perlu dilakukan sekiranya gagal. Kerana, diri saya sendiri juga pernah gagal… berkali-kali juga.

1. Bersyukur dengan pencapaian yang sedikit

Apabila kita berusaha, dan gagal juga, mungkin yang gagalnya adalah matlamat yang besar, ataupun keputusan yang akhir. Tetapi, fikirkan dan ingat semula pencapaian-pencapaian yang kecil dalam usaha yang telah dilakukan. Tentunya terdapat capaian yang kecil.
Mungkin sasaran hendak mencapai jualan RM5,000. Tetapi, berjaya hanya dapat RM500 sahaja. Gagal dalam mencapai sasaran, tetapi tidak gagal dalam berusaha. Bersyukur dengan pencapaian yang diperolehi oleh kerana rasa bersyukur itu adalah nikmat yang akan menjadikan kita lebih berusaha dengan baik dan bukan berputus asa.

2. Tetap berfikir positif tetapi lebih realistik

Bila gagal, berbagai-bagai perasaan negatif akan datang. Dikala inilah agak sukar untuk bangun semula. Penuhi minda dengan fikiran-fikiran yang positif sentiasa. Ia amat sukar, oleh kerana berfikir negatif adalah jauh lebih mudah.
Namun, perlu berusaha dan cuba juga. Berfikir positif adalah satu tabiat yang boleh diamalkan. Pernah tak anda kenali orang berfikir positif selalu? Dan juga pastinya anda pernah terjumpa orang yang berfikir negatif bukan?
Ini kerana, mereka yang berfikir positif sudah mempunyai tabiat berfikir positif selalu. Bagi mereka ianya tidak sukar oleh kerana telah sering berfikir positif. Ianya umpama bersenam. Lebih banyak kita lakukan, lebih sihat tubuh badan kita. Sama juga seperti berfikir positif, lebih banyak kita berfikir positif, lebih mudah untuk kita mengamalkan tabiat positif.
Berfikir positif juga pastikan ianya realistik. Adakah realistik untuk menjadi jutawan dalam masa setahun dua? Pastinya tidak dan amat-amat sukar. Tetapi menjadi jutawan dalam masa 6-8 tahun adalah lebih realistik dan ramai yang berjaya melakukannya.

3. Belajar sentiasa

Selalu fikirkan bahawa apa yang penting adalah proses dan usaha dalam mencapai kejayaan, tidak semestinya keputusan akhir atau matlamat. Ini kerana, kita akan belajar lebih banyak melalui usaha dan proses tersebut walaupun gagal.
Sering saya dengar kisah seorang jutawan yang gagal dalam sesuatu perniagaan. Tetapi, selepas gagal, beliau mulakan perniagaan lain dan terus berjaya pula. Apa yang terjadi di sini adalah dua perkara- gagal boleh terjadi pada sesiapa sahaja, walaupun sudah mempunyai pengalaman.
Tetapi, yang lebih penting adalah, walaupun gagal, beliau tidak putus asa dan menggunakan ilmu dan pengalaman yang dilalui sama ada yang berjaya dan gagal untuk mencapai matlamat yang seterusnya.
Tidak kira di mana kedudukan kita kini, kegagalan adalah pasti. Apa yang penting adalah bagaimana kita menanganinya dan bangun semula untuk berjaya.

KENAPA TAKUT DENGAN NETWORK ?

Setiap kali ada taklimat di Bangi saya minta kerani sms berdasarkan kepada mereka yang telah hadir sebelum ini dan sms telah dihantar secara pukal. Tujuannya untuk beritahu jika mereka hendak hadir kali kedua kerana kehadiran kali pertama berminat tetapi tidak bawa duit. Tanpa di sangka saya terima panggilan daripada seseorang yang bertanya program network yang dulu ke...saya jawab ya. Lantas dia menjawab tidak berminat. dan saya jawab ok. Persoalannya kenapa takut dengan network ? adakah network itu MLM ? Ramai yang keliru dan pada saya antara membina network dengan MLM ada perbezaan yang ketara. Dalam program usahawan PJU ini peserta membina network kerana untuk masa depan dimana jikalau ahli kita mencecah 10,000 orang kita boleh membuat pasaran produk tanpa bergantung kepada orang luar. Setiap ahli boleh pasarkan produk melalui program PJU dan saya beranggapan tiada masalah untuk produk muslim. Selain itu peserta juga akan dapat pendapatan bulanan hasil daripada rangkaian network tersebut. Dalam program network ini kita saling berkerjasama dan berganding bahu bagi mewujudkan satu pasaran perniagaan dan hubungan antara kita adalah seperti kekeluargaan. Namun dalam MLM kita membina network adalah kerana wang dan ianya mempunyai susunan pangkat, kena membuat pembelian bulanan serta mesti hadir kursus berkali2. Maintan bulanan mestilah diantara RM250-RM400 sebulan dan ia mengikut pelan pemasaran syarikat tersebut. Apa yang penting ialah jangan negatif dan program PJU ini adalah inisiatif untuk membantu mereka yang tidak boleh pinjam bank, buat loan kerajaan, bankrap, blaklist dan ingin selesaikan hutang dengan cepat. Semoga kita semua mendapat manfaat daripada program ini. Sekian terima kasih.

Tuesday, 26 July 2016

IRON LADY MALAYSIA- APA PESANAN UNTUK USAHAWAN?

Betullah kata pepatah, ‘tangan yang menghayun buaian itu mampu menggoncang dunia’,  hari demi hari ada sahaja kejayaan besar diraih oleh wanita yang mendapat jolokan sebagai Iron Lady Malaysia ini.

“Saya asalnya orang kampung, orang susah,  apa yang saya ada hari ini adalah berkat kekuatan diri, usaha gigih dan rezeki daripada ALLAH S.W.T," katanya memulakan bicara.

Datuk Dr Maznah Hamid, nama yang tidak asing lagi dalam dunia perniagaan, seperti yang semua tahu beliau merupakan wanita pertama di Malaysia yang mengetuai sebuah syarikat kawalan keselamatan yang dikenali Securiforce.

Pada awalnya wanita cekal 57 tahun ini nampak sukar didekati dek kerana tugasnya yang digeruni oleh kaum lelaki, namun sangkaan itu meleset setelah sejam berbual dengannya, ternyata beliau seorang yang merendah diri.

Pengerusi Eksekutif Kumpulan Securiforce Sdn Bhd ini kini boleh berbangga kerana syarikatnya itu telah mempunyai 68 cawangan dan berjaya menyaingi 500 buah syarikat keselamatan lain di dunia.

Katanya, kalau seseorang itu ingin berjaya, bukan dengan bermodal besar tetapi yang paling utama adalah keberanian dan keyakinan diri, jika tidak impian hanya tinggal impian.

“Pada awal pembabitan saya dalam dunia perniagaan keselamatan ini, saya hanya bermodalkan RM5,000 dan lima orang pengawal. Itu adalah duit simpanan saya ketika menjadi guru bahasa dan penterjemah kepada duta asing ,” katanya.

Securiforce kini bukan hanya sebuah syarikat keselamatan biasa tetapi, syarikat itu telah berkembang seiring teknologi semasa dengan melebarkan sayapnya ke peringkat antarabangsa berkonsepkan, ‘Total Security Solution’.

Securiforce Logistik merupakan ejen penghantaran darat, laut dan udara yang mana memiliki cawangan di Singapura, Bangkok, China, Korea, Turki dan Jerman.

Apa yang menariknya mengenai cerita kejayaan Maznah adalah kesemua anak syarikat yang ditubuhkan dan berkembang maju tanpa bantuan kewangan daripada mana-mana bank.

“Kita mesti sanggup bekerja lebih daripada gaji yang dibayar, maka akhirnya kita akan mendapat lebih dari apa yang kita kerjakan,” katanya.

Prinsip itu yang telah membawa kejayaan besar dalam bidang kerja dan perniagaannya, membolehkan beliau berada di tahap sekarang.

Mengimbau kenangan 30 tahun lalu, beliau memberitahu pada awal penghijrahannya di Kuala Lumpur beliau melalui pelbagai keperitan hidup sehinggakan pernah mendiami rumah setinggan yang tiada bekalan air dan elektrik.

Ceburi bidang hartanah

Tidak mudah berpuas hati dengan apa yang beliau ada, Maznah menceburi bidang hartanah melalui syarikat Danau Lumayan Sdn Bhd.

Bermula tahun 1997 Danau Lumayan menerokai kawasan sekitar Bandar Tun Razak dengan membina 3,000 unit kediaman kondominium dan lot kedai.

Katanya, anak muridnya antara pendorong utama untuk beliau menceburi bidang hartanah, selama lima tahun beliau belajar mengenai perusahaan hartanah.

“Pembangunan di kawasan ini mengekalkan keindahan alam semula jadi di kawasan Taman Tasik Permaisuri. Penduduk kawasan ini masih dapat menikmati kehidupan moden di kawasan yang masih hijau dan berhampiran pusat bandar, Kuala Lumpur,” katanya.

Menurut beliau, modal utama dalam mana-mana perniagaan sebenar adalah diri sendiri, dan sedikit ‘nasib baik’.

“Kita boleh menjual apa sahaja kepada sesiapa sahaja, walau dengan berapa harga sekalipun, sekiranya kita boleh ‘menjual diri kita’. Diri kita mestilah terjual sebelum produk atau servis,” katanya.

Doa termakbul

Asalnya beliau hanya gadis biasa kelahiran Ayer Hitam, Jerlun, Kedah, dan dibesarkan oleh datuk dan nenek yang terlalu konservatif dan kuat agama.“Pesan nenek, kalu tidak lulus periksa (ketika itu LCE) , kahwin, kalau lulus MCE atau universiti, jadi pensyarah agama.“Hasil didikan agama yang dibekalkan datuk dan nenek saya itu juga membuatkan saya ingat siapa diri saya walau di mana saya berada,” katanya. Menurut Maznah, beliau tidak begitu meyakini kelulusan tertinggi yang diperoleh di universiti boleh dijadikan modal utama atau jaminan untuk menjadi insan yang berjaya, kaya dan bahagia. “Saya sering berangan dan berdoa ingin jadi orang senang kerana dahulu saya hidup susah. Ketika duduk di setinggan, saya sering mengimpikan rumah-rumah besar di lereng bukit berhadapan kediaman saya. “Alhamdulillah Tuhan makbulkan doa saya dengan meletakkan saya di kalangan mereka. Benarlah kata orang, kalau nak jadi alim berkawanlah dengan orang alim, kalau nak berjaya maka sentiasalah bersama orang berjaya. Bila berada dalam golongan tersebut kita mendapat motivasi, aura untuk menjadi seperti mereka,” katanya.


Guru keusahawanan

Walaupun sudah berada di puncak, Maznah tidak pernah lupa akan asal-usulnya, apatah lagi lokek dengan ilmu serta pengalaman yang beliau ada. Oleh kerana itu, beliau menubuhkan Maznah Motivational Centre bagi membantu para usahawan baru serta mereka yang pernah gagal dalam kehidupan mendapat motivasi diri.“Saya ingin memberi inspirasi kepada semua, tidak kira kita anak petani, nelayan, penoreh getah atau anak felda. Apa yang penting akhirnya apa yang boleh kita jadikan diri kita.

“Apa yang saya ada hari ini, saya perlu kongsi kepada masyarakat di luar. Saya gembira untuk membantu mereka yang bercita-cita mengubah nasib. Ini juga tanggungjawab saya kepada masyarakat khususnya kepada anak bangsa saya sendiri bagi memberi peluang masa depan yang lebih cerah,” katanya.Selain itu, dengan berbekalkan pengalaman 30 tahun dalam bidang perniagaan, Maznah telah membuka Klinik Keusahawanan di seluruh negara bagi membantu mereka yang mahu berkecimpung dalam bidang perniagaan.
Pemilik Ijazah Kedoktoran Pentadbiran Perniagaan dalam bidang Keusahawanan, Motivasi dan Modal Pembangunan Insan dari Central State Univerity of New York ini telah menerbitkan beberapa buah buku motivasi.Antara buku dapat sambutan hangat bertajuk Motivasi Memburu Kejayaan dan buku mini siri Rahsia 3K- Kejayaan, Kebahagiaan dan Kekayaan.Wanita gigih ini pernah menjadi duta oleh Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (MECD), mempromosikan ‘Keusahawanan Suatu Kerjaya Pilihan’, di mana beliau bertindak memberi motivasi keusahawanan, peluang dan cabaran melalui seminar kepada semua graduan.

Beliau juga memberi gambaran sebenarnya dunia keusahawanan dan juga latihan amali sebelum memulakan sesuatu perniagaan. Semangat keusahawanan harus ditanam dalam diri semua insan yang ingin hidup ‘senang’.
Berkongsi ilmu di Facebook

Walaupun berpengalaman lebih 30 tahun dalam bidang perniagaan dan kini menjadi pakar motivasi, Maznah tetap memilih buku sebagai teman senggang.Ilmu yang diperoleh dikongsi dalam seminar yang dihadiri. Beliau juga memilih laman sosial Facebook sebagai medan berkongsi ilmu.“Bagi saya kandungan kata-kata semangat dan kisah kejayaan yang saya paparkan dalam Facebook umpama multivitamin setiap hari untuk minda dan jiwa. Saya akan menjawab apa saja masalah berkaitan perniagaan atau kehidupan.

“Untuk mencapai kejayaan yang luar biasa, kita perlu sanggup berfikir, bertindak, bekerja dan bersusah-payah secara luar biasa juga, bukan sebagai insan biasa,” katanya. Ibu kepada lima anak ini beritahu, bahawa setiap wanita perlu berfikiran luas dan terbuka, banyak membaca dan belajar apa jua walaupun hanya sebagai suri rumah tangga, kerana mereka juga pemimpin dalam rumah tangga. Menurut beliau, bukan senang untuk menjadi seorang wanita dalam dunia yang serba moden.“Jika kita mahu dihormati dan disenangi, wanita perlu bijak letak diri mereka di kedudukan betul,” katanya. Walaupun sibuk dalam pelbagai bidang, Maznah yang juga Exco Wanita Umno dan Ketua Wanita Umno Kedah tidak pernah lupa mereka yang kurang bernasib baik dan memerlukan bimbingan. Beliau juga aktif dalam program kemasyarakatan bagi membantu meringankan beban mereka yang memerlukan.

“Sebagai seorang usahawan yang telah berkecimpung di bidang ekonomi dan keusahawanan lebih dari 30 tahun. Sudah pasti saya berhasrat untuk berkongsi pengalaman dan ilmu pengetahuan dalam bidang ini dengan seluruh masyarakat dengan lebih berkesan agar bangsa kita tidak miskin dan dijajah di bumi sendiri," katanya ketika ditanya mengenai visi dan misi sebagai menutup perbualan santai kami.

1 KELUARGA 1 USAHAWAN

 Timbalan Perdana Menteri menyasarkan seorang usahawan dapat dilahirkan dari setiap keluarga Bumiputera dalam tempoh sekurang-kurangnya 10 tahun akan datang. Berikutan itu, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, mahu semua pihak, termasuk agensi kerajaan memainkan peranan masing-masing bagi memastikan sasaran berkenaan dapat direalisasikan. Beliau berkata, perkara itu penting bagi memperkukuhkan lagi kedudukan ekonomi Bumiputera.- Majlis Penutupan Kongres Usahawan Muda Bumiputera 2015 di Hotel Grand Hyatt, Kuala Lumpur. 

PJU cuba melaksanakan hasrat kerajaan ini melalui program yang diadakan sekarang. Matlamat ialah 1 keluarga 1 usahawan.

16 NASIHAT TUN MAHATHIR KEPADA USAHAWAN MELAYU

“1.Melayu perlu belajar dari bawah. Bangsa Melayu perlu belajar dari bawah sebelum masuk dunia perniagaan.Bukan sekadar ada wang dan membuka bisnes,namun perlu belajar dengan bekerja dalam bidang tertentu dan memahami selok belok dunia perniagaan .Contohnya jika mahu mmebuka retsoran,bekerja dan melihat situasi dunia perniagaan restoran dari pekerja membuat air,tukang masak,pelayan dan sebagainya.Pengalaman dan kemahiran akan membantu kita bila membuka perniagaan.
2.Modal efektif. Melayu yang mahu berniaga perlu mempunyai modal efektif dan relevan.Contohnya jika mahu membuka bisnes bernilai RM100,000 perlu ada wang tunai RM300,000.RM100,000 untuk bisnes,bakinya untuk pengurusan dan modal menghadapi pelbagai masalah dalam perniagaan.Adalah salah hanya mempunyai RM100,000 jika mahu mmebuka bisnes bernilai RM100,000.
3.Berusaha bersungguh-sungguh. Melayu perlu berusaha bersunguh-sungguh tanpa jemu.Usaha berterusan sama ada dalam promosi,pemasaran,produk dan sebagainya.Tanpa usaha keras,kejayaan tidak akan datang.
4.Bersabar dalam tempoh lama. Melayu perlu belajar bersabar kerana bisnes perlukan masa panjang.Dr Mahathir berkata “Saya buka kedai roti dah 5 tahun tapi belum nampak untung…”.Perniagaan perlukan masa panjang untuk berjaya,bukan sekelip mata.
5.Mengenai jenis perniagaan. Melayu perlu mengenali jenis perniagaan dengan baik. Jika buka restoran ,tahu apa jenis masakan,cara promosi,cara menambahkan pelanggan dan sebagainya.
6.Rajin meninjau bisnes. Melayu perlu rajin keluar dari pejabat dan meninjau dunia perniagaan sama ada produk,pekerja dan segalanya. Sikap Melayu yang hanya terperap dalam pejabat akan menyebabkan kegagalan.
7.Manfaatkan teknologi. Melayu perlu manfaatkan segala teknologi seperti peralatan mesin moden,internet dan sebagainya.Ini akan membantu melahirkan produk berkualiti dan berjaya dalam pasaran.
8.Sentiasa tambahkan aset. Melayu perlu sentiasa tambahkan aset seperti pembelian tanah,rumah kedai,emas dan sebagainya kerana harganya akan meningkat. Beliau mengatakan tanah di KL dibeli oleh Pavilion dengan harga RM7000 satu kaki.
9.Belajar dengan bangsa lain. Melayu perlu belajar dengan bangsa lain. Jika di Malaysia Cina berjaya dalam bisnes, Melayu perlu belajar dengan mereka. Belajar dengan manusia berjaya akan membantu kita berjaya seperti mereka.
10.Ikhlas dalam perniagaan. Melayu perlu ikhlas menjalankan bisnes,bukan hanya mencari kekayaan namun memanfaatkan kekayaan untuk kebaikan.
11.Menolak mitos. Ramai Melayu menganggap Cina berjaya kerna menipu sedangkan ia mitos.Hakikatnya Cina berjaya kerna usaha keras dan gigih.Mereka datang ke Tanah Melayu tiada apa-apa dan kini menguasai ekonomi negara. Beliau menyindir “Kalau ada yang anggap Cina kaya sebab menipu,buatlah!”
12.Mengamalkan peribadi mulia. Usahawan Melayu perlu mengamalkan sikap positif dalam kehidupan seperti rajin,amanah,tidak menipu dan sebagainya.Setiap amalan baik perlu diterapkan jika mahu berjaya.Manusia yang menipu dan tidak amanah ,kejayaan bersifat sementara dan tidak kekal.
13.Menjauhkan sifat keji. Melayu perlu menjauhkan sifat keji seperti suka berbohong,mungkir janji,tidak amanah,menjual harga terlampau tinggi,hasad dengki,menjatuhkan bisnes org lain dan sebagainya.Sikap keji adalah punca kebanyakan usahawan Melayu gagal dalam bisnes.
14.Jangan terlalu bergantung dengan tender kerajaan. Melayu tidak boleh bergantung dengan tender kerajaan kerna kuota terhad dan jumlah usahawan yang ramai.Melayu sepatutnya mempunyai produk yang boleh berjaya di pasaran sama ada dalam dan luar negara.
15.Mempunyai network. Melayu perlu mempunyai network agar saling bantu membantu sesama bangsa.Amalan ini telah diterapkan bangsa Cina dan mereka berjaya…
16.Membayar hutang dengan baik. Melayu perlu membayar hutang dengan baik dan menguruskan perniagaan dengan betul. Hutang wajib dibayar walaupun satu sen. Ramai Melayu mengabaikan hutang dan ini menyusahkan pihak yang memberi pinjaman. Mereka yang tidak membayar hutang bukan sahaja menyusahkan dirinya sendiri,namun menyusahkan pihak lain. “Jangan jadi puak kecil..tunggu di luar bandar. Apakah maknanya Tanah Melayu jika tak kuasai” -Nasihat beliau amat mendalam…

RAHSIA UNTUK DAPAT RM9K SEBULAN

Rahsia untuk dapat RM9K sebulan TERBONGKAR apabila mereka yang menyertai program usahawan ini dapat perkenalkan 2 rakan baru dalam dalam masa 1 minggu sahaja. Lagi cepat lagi bagus kerana ia akan memberi pendapatan mingguan kepada peserta. Bagaimana caranya? prospek boleh dibawa ke pusat taklimat supaya ia lebih memahami bagaimana program ini dilaksanakan. Konsepnya mudah iaitu berasakan network tetapi bukan MLM atau skim cepat kaya. Program ini lebih kepada membentuk jaringan perniagaan dikalangan orang melayu supaya bila ahli ramai ia akan memudahkan usahawan memasarkan produk mereka ke pasaran yang sedia ada. Gunakan peluang ini sebaik mungkin kerana melalui program ini semua orang ada potensi untuk mengubah kehidupan dan meraih kejayaan. Jom kita sama-sama menjadi usahawan yang berjaya.