Monday 1 August 2016

TIPS MEMBINA NETWORK DALAM PROGRAM PJU

Lumrah manusia. anda mempunyai kenalan yang ramai di sekeliling anda. Rapat ataupun tidak, sekurang-kurangnya bila terserempak, jika agak-agak anda boleh cam muka mereka pasti tersenyum dan jika anda memang yang mudah mesra, sapaan ‘Apa Khabar’ akan terpacul dari bibir. Secara tidak langsung, sebenarnya anda telah memulakan satu jalinan ‘network’. Mungkin pada masa itu, hanya sebagai rakan biasa, tiada siapa tahu persahabatan itu mungkin akan memberi faedah dari segi perniagaan anda dan mereka? Terma ‘Networking’ semakin popular. Ramai yang makin sedar kepentingan membina networking. Kerana ia akan membawa kemudahan kepada anda di dalam pengurusan seharian, sama ada anda seorang usahawan mahupun tidak. Orang Melayu suka kata ‘kabel’. Kini lebih canggih. ‘Network’ kedengaran lebih professional. Kedua-dua perkataan menjurus kea ah yang sama iaitu apabila anda dan pihak ke dua mengenali antara satu sama lain, sebenarnya memudahkan pelbagai urusan. Mari kita lihat tips mudah dalam membina ‘Network’
  1. Hadiri Seminar – Luangkan masa untuk menghadiri seminar-seminar yang dianjurkan oleh kumpulan-kumpulan tertentu, berdasarkan minat anda. Di sana, anda berpeluang untuk mengenali ramai lagi yang mempunyai minda yang sama seperti anda. Ini peluang unutk memulakan network yang baru. Pastikan bawa kad nama dan minta rakan baru memberikan kepada anda perkara yang sama, supaya boleh berhubungan selepas seminar.
  2. Luangkan masa – Anda perlu meluangkan masa, membina hubungan network dengan kenalan lama dan juga baru, dengan menghubungi mereka dari masa ke semasa. Tanyakan khabar atau[pun berjumpa sekali sekala. Tanamkan pada minda, walaupun sesibuk mana anda dengan hal anda sendiri, buat yang terbaik untuk menyelitkan masa anda untuk mengenali network anda dengan lebih rapat. Jika agak sukar unutk bertemu di luar, melalui hubungan online sudah memadai.
  3. Hadiri jemputan – Sekali sekala network anda akan membuat sesuatu majlis. Tidak kira majlis ilmiah mahupun yang bersifat peribadi seperti majlis cukur jambul anak mereka. Hadirkan diri anda walaupun untuk seketika. Mereka akan berterima kasih kerana anda berbuat demikian dan mereka akn merasakan anda amat menghargai mereka. Dengan itu, mereka akn tanamkan perasaan yang sama, jika anda pula menjemput mereka, mereka akan mencuba sedaya upaya memenuhi undangan anda.
  4. Kongsi motivasi – Luangkan masa anda berkongsi tips hebat dan kata-kata perangsang di web atau di facebook, bersama-sama kenalan maya anda. JIka tiap-tiap hari anda berbuat begini, kenalan anda akan mengingati anda sebagai seorang yang mempunyai ilmu yang luas, serta tidak lokek dalam menyampaikan hal-hal yang bermanfaat kepada semua. Anda akan lebih dikenali dan dihormati. Tanpa anda sedar, nama anda mula meniti dari bibir ke bibir di kenalan network anda dan juga dalam diam anda sebenarnya sedang membina jaringan network yang baru!
  5. Menyokong perniagaan kenalan – Mereka mungkin mempunyai produk atau servis yang tersendiri. Sokong perniagaan mereka ini dengan hati yang ikhlas. Sekiranya produk atau servis mereka kurang bersesuaian dengan niche anda, anda masih boleh tolong mempromosikan untuk mereka. Ini namanya, perhubungan 2 hala. Network anda, akan berbuat yang sama untuk anda juga!
  6. ‘Jual nama’ – Ini bermaksud, anda perlu berusaha untuk menjual nama anda kepada network anda yang baru terutamanya. Jika ada apa-apa yang mereka komen di wall facebook mereka, contohnya, tinggalkan komen selalu. Bukan hanya sekadar ‘like’ status mereka. Buat kenyataan membalas yang membina. Jika tiap-tiap hari anda berbuat begini, nama anda akan mula dikenali oleh mereka berbanding knelan lain yang hanya mendiamkan diri dan lama-kelamaan mungkin akan dilupakan terus.
  7. Kemaskini memori bergambar – Ambil kesempatan mengabadikan memori bersama kenalan baru dan kemas kini di website, facebook ataupun blog anda. Lebih banyak gambar anda kelihatan bersama-sama di pelbagai majlis ilmiah ataupun yang bersifat peribadi, membuktikan persahabatan anda terjalin berdasarkan minat yang sama.

No comments:

Post a Comment

Note: only a member of this blog may post a comment.