Timbalan Perdana Menteri menyasarkan seorang usahawan dapat dilahirkan dari setiap keluarga Bumiputera dalam tempoh sekurang-kurangnya 10 tahun akan datang. Berikutan itu, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, mahu semua pihak, termasuk agensi kerajaan memainkan peranan masing-masing bagi memastikan sasaran berkenaan dapat direalisasikan. Beliau berkata, perkara itu penting bagi memperkukuhkan lagi kedudukan ekonomi Bumiputera.- Majlis Penutupan Kongres Usahawan Muda Bumiputera 2015 di Hotel Grand Hyatt, Kuala Lumpur.
PJU cuba melaksanakan hasrat kerajaan ini melalui program yang diadakan sekarang. Matlamat ialah 1 keluarga 1 usahawan.
No comments:
Post a Comment
Note: only a member of this blog may post a comment.