Sunday 14 August 2016

BUKAN TIDAK FAHAM TETAPI ITULAH PERANGAI ORANG MELAYU

Apabila dilancarkan bantuan bumiputera 2016 maka berduyun-duyun mereka yang berminat terutama golongan perniaga datang mendengar taklimat. Saya tidak tahu apa yang terkandung dalam fikiran mereka tetapi ramai yang beranggapan bahawa program ini adalah untuk memberi bantuan percuma kepada orang melayu terutama yang diwar-warkan dalam iklan kecil iaitu bantuan food truck. Ada juga yang datang untuk meminjam RM50K daripada syarikat ini kerana dia gagal mendapat pinjaman daripada lain-lain agensi kerana blaklist. Apabila kehadiran mereka ini tidak bertepatan dengan apa yang mereka fikirkan maka rasa tidak puas hati tersebut telah diluangkan. Itulah perangai segelintir orang melayu yang metalitinya masih di takuk lama. Jika dia datang dengan dada yang terbuka dan hati yang lapang saya yakin dan percaya program PJU ini boleh membantu mereka untuk mendapatkan modal dengan percuma.Namun oleh kerana kehadirannya itu disertai dengan hati yang tidak bersih maka tiada apa yang dapat dan yang kesiannya ramai yang terikut2 dengan tohmahan orang tersebut. Ikhlas saya katakan saya tidak rugi tapi yang paling rugi adalah dia.....untuk berjaya perlu sabar dan berusaha kerana ini bukan skim cepat kaya.

No comments:

Post a Comment

Note: only a member of this blog may post a comment.